Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar pada Khamis atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 40.13 kilogram, minggu lalu.
M Kumar, 46 dan adiknya, Govindasamy, 45, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret A Hafiizh Abu Bakar.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.